Wednesday, June 29, 2011

yelah dr.param. awok diet la nih..

 dr.param suh awok diet.semputtt....jadi awok usaha la carik resepi n tips-tips diet. dr.param punye pasal..resepi-resepi ni awok google2 je. mane yg bukan dalam bahasa ibunda tu korang translate la eh.


OAT TOMYAM
Bahan
1 cawan oat segera
2 cawan air
1 s/b sos tomyam
1 labu bawang besar [mayang]
2 s/b ikan bilis goreng
2 s/b minyak

Cara
1. Didehkan air dan masukkan oat. Kacau sehingga oat nampak kembang.
2. Masukkan pes tomyam dan kacau rata.
3. Gorengkan bawang besar sehingga wangi.
4. Masukkan oat dalam pinggan dan taburkan bawang goreng dan juga ikan bilis goreng.
5. Hidangkan.


BANANA OAT AND HONEY SMOOTIES

1 banana
1 sudu oat
1 sudu kecil madu
200ml low fat milk
blend kesemuanya & hidang sejuk....nyumm2222
sesuai untuk detox juga

PANCAKE OAT
lenyekkan pisang
tmbh susu n oats 
jdkan adunnan ala2 penkek
.msk mcm penkek


BUBUR OAT
bahan-bahan:
1.oat
2.kiub ikan bilis(maggi punya...bleh la klu jenama lain pon)
3.sayur sawi
4.sayur kubis kecil
5cili merah(mencantikan ja)
6.cili hijau(mencantikan ja)
7.serbuk lada hitam
8.bawang
9.sebijik tomato(kalau suka)

cara memasak:
-didihkan air d dlam periuk,letakan bawang,tomato
-dah sampai mdidih,masukan semua jenis sayur d atas...kalau nk tambah sayur...suka hati la tue kan...ikut tekak masing²
-pastue masukan kiub pati ikan bilis d ikuti dng oat..
-dikuti dengan lada hitam,cili merah,hijau pastu siap dahhhhhhh...


OAT SENANG

- oat
- minuman yogurt law fat perisa stawbery
- buah apel merah buleh hijau pun buleh ikut suka
- buah anggor
- kismis
- kacang gajus

buah potong dadu pastu campurkan semua dan mkn.....


 LEMPENG OAT

Oat dalam 2 senduk campur dengan 3 sudu tepung gandum. I guna kuali non stick.. senang handle..cicah dengan kuah kari (kari pun tak pakai santan).

OAT MALAS

oat+low fat milk+apple hjau


BUBUR QUACKER OAT

Bahan-Bahan:
3 cawan quacker oat
4 cawan air
200 gm ayam dipotong kecil-kecil
1/2 inci kulit kayu manis
2 butir buah pelaga
2 kuntun bunga cengkeh
Sedikit daun soup dan daun bawang

Cara Membuat:
Rebus ayam bersama air, kulit kayu manis,buah pelaga
apabila masak isi ayam dan air rebusan tinggal lebih kurang 3 cawan
masukkan quaker oat dan kacau perlahan sampai oat kembang dan masak
Sekiranya bubur itu pekat boleh tambah air sedikit
Atau sekiranya bubur cair sangat boleh tambah oat ikut pekat yang diminati
Masukkan garam secukup rasa
Kacau lagi dan bila oat masak
Masukkan daun sup dan daun bawang
Sedia untuk dimakan.
Semasa makan boleh tabur bawang goreng sekiranya suka.









p/s:ayuh berdiet!mane tau boleh ade rupe bentuk ala-ala lentik khilafairy.cewah..kau nak berangan xhengat asmah!





http://www.emocutez.com

Tuesday, June 28, 2011

israk mikraj

1. Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu. 





2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);


Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :


- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.


- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).


- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).


- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.


- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.


- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.


- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.


- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.


- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.


- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.


- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.


- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.


- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.


3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).


  • Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
  •  Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.
  • Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.
  •  Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
  • Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
  • Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
  • Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberapa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
  •  Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
  • Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
  • Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.


4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.


5. Selepas Mikraj
Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.
(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Mafhum Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1). wallahua’lam..

Thursday, June 23, 2011

koke

awok nak cite pasal karaoke.
tp lg sonang awok panggil koke.
kwn2 awok kt tampin nih gile koke.
haha.
lagu pebret awok?
da semestinye ella.
haha.
lagu deme2 sume?

http://www.emocutez.com

Saturday, June 18, 2011

resepi diet lagi..semputtt...

resepi untuk buat fruit salad


2 biji apple merah dipotong dadu
2 biji apple hijau dipotong dadu
sebelah jer tembikai dipotong dadu
oren sunkist 1 biji atau 2 biji(ikut suka la) potong dadu jugak
anggur
fruit dressing ( mayonies untuk fruit salad)
yogurt rendah lemak perisa ikut kesukaan
kismis
carrot dimayang


gaul semua bahan dalam mangkuk...
dan simpan dalam peti lepas sejam atau dah sejuk boleh la dimakan....sedap sangat....and mengeyangkan...tak payah makan nasi....






ikan apa-apa yg anda suka
serai (hiris)
bawang besar (mayang)
cilipadi (hiris)
halia (hiris)
bawang putih(hiris)
daun bawang+sup (hiris)
sos tiram
sos ikan
garam


cara
1. perap ikan dengan garam dan sos tiram, sos ikan dalam 15 minit
2. Letak semua bahan2 lain
3. Steam dalam 15-20 minit
4. Siap!

Friday, June 17, 2011

warna-warni kehidupan











cara-cara nak buat macaroon

awok salin resepi je.membuat awok maleh.haha.
ni resepi copy dr blog nih.bagus blog nih.


resepinye:


Sebelum kita nak mulakan untuk membuat pastikan semua bahan dlm keadaan kering. Serbuk almond tu pastikan dalam keadaan kering. Kalau ia macam lembab aje kita keringkan sekejap dalam oven, tapi jangan sampai terhangus pulak. Ok kalau takut terhangus jemur sekejap kat bawah matahari biar ia kering.


MACAROON

80g putih telur - suhu bilik anggaran 2 biji jika gred A
65g gula castor

80g serbuk almond
140g gula icing
pewarna

Dalam resepi Rima ada letak lemon jus, tapi ita tak letak. Ok untuk pewarna pulak, kali ni ita guna yg serbuk lebih mudah! kang takut klu guna yg jenis cecair tu kang ada pulak yg tercurah lebih dah cair pulak adunan tu... untuk selamat kita guna yg serbuk.

Sebelum kita mula. kita sediakan dulang pembakar terlebih dahulu.  Alas dulang pembakar dgn kertas minyak. Ambil duit syiling 20 sen dan lukis atas kertas minyak dan jarakkan setiap satu  sebanyak 3 cm. Terbalikkan kertas dan letak atas tray atau dulang pembakar. Ketepikan. Yang paling mudah kalau kita guna baking paper lebih mudah untuk tanggalkan macaroon tu. Kalau guna kertas minyak, bila macaroon dah masak nanti lepas keluar oven terus pancit dgn air belakang kertas minyak. Biar sekejap nanti macaroon tu mudah tanggal. Hati2 ye! jangan sampai tercedera pula... sebab panas tu..

Langkah 1
Satukan serbuk almond dan gula icing. Kemudian ayak. Ketepikan

Langkah 2
Dalam bekas lain kita pukul putih telur hingga kembang seperti gambar  dgn menggunakan mixer dan berkelajuan max. Kemudian masukkan gula castor sedikit demi sedikit sambil terus memutar  sehingga adunan  kental dan bertanduk seperti gambar  1 (anggaran dlm 10 minit). Adunan menjadi ringan dan gebu dan sedikit berkilat. Kalau kita terbalikkan mangkuk tu adunan putih telur tu tak jatuh. (bahagian ni kena pastikan adunan tu betul2 kental). Tapi jangan terlebih pukul ye! dia dah bertanduk aje dah ok!

Masukkan 1/4 daripada serbuk almond yg dah bercampur gula icing tadi ke dalam putih telur. Sebatikan hingga rata dgn cara kaup balik menggunakan spatula aje. Setelah rata masukkan semua baki serbuk almond sedikit sedikit dan gaulkan dgn kaedah yg sama sehingga adunan bergaul sempurna.
Kemudian boleh lah kita letak pewarna. Untuk adunan ni boleh bahagi kepada 2 bahagian sahaja kerana adunannyer sedikit.

Langkah 3
Masukkan adunan tadi kedalam beg plastik atau piping beg.



Langkah 4
Kemudian picitkan atas bulatan yg telah kita buat atas kertas minyak tadi. Siapkan sampai habis.
Ambik toothpick , pecahkan mana-mana gelembung udara yg terbentuk di permukaan macarons ini untuk mengelakkan permukaan macarons jd berlubang bila dibakar
Rehatkan macrons lebih kurang 30 - 45 mint. Pastikan macaron benar2 kering iaitu bila kita sentuh permukaan macarons ia tak melekat dekat tangan.

Panaskan oven 150C - ita cuma gunakan 140C mengikut kepanasan oven. Oven jangan panas sangat kerana nanti macarons pecah atau retak.

Letakkan tray di bahagian tengah dlm oven. Bakar selama 15 - 20 minit.
Setelah masak, letakkan macrons bersama kertas minyak atas rack dan biarkan ia sejuk. Senangkan!


Bila dah sejuk boleh lah kita letak ganache apa2 yg kita suka. 


http://www.emocutez.com

puisi untuk kawan

aku tau bukan aku di tempat kau.
aku harap kau tabah tau.
kadang2 idop ni umpama tembakau.
sedap kalo sedut kaw-kaw.
kalau x rasenye payau.

aku tau kau sengsara.
dengan ape yang kau rasa.
semoga kau hidup selesa.
tiada lagi resah dijiwa.
dengan perut yang kau bawa.
supaya tiada lagi air mata.

7bulan lagi.
akan lahirlah cahaya mata yang kau nanti.
harap bila die besar nanti.
boleh jaga ibunya supaya xmenangis lagi.

to mek:Allah is the best planner.

http://www.emocutez.com

cakap xserupa bikin

kdg2 geram gak awok.
pandai ckp org.
tp diri sendiri pon 2x5.
cer jage ati member sket.
sib bek bkn die kate awok.
kalo awok yg kene mau awok serve balik.
mcm bola tampo.

http://www.emocutez.com

nora elena

byk dah drama awok tengok.
satu name awok pun xde dibuat drama.
cer buat drama "asmah tamril".
hahaha

http://www.emocutez.com

Wednesday, June 15, 2011

hari abah

hermm..
awok menyambut hari bapa setiap hari.
bg awok hari ibu/bapa adelah hari2.
xde spesifik utk hari sekian2 hari.
awok akan mendoakan kesejahteraan abah setiap hari.
ini hari,,
da setahun abah pergi menghadap ilahi.
doa awok xkan berenti.
untuk kesejahteraan abah disana tiap hari.
setiap org akan pergi.
begitu juge awok nanti.
tenanglah abah sijantung hati.
akan awok kenang mu sampai mati.

al-fatihah

http://www.emocutez.com

Tuesday, June 14, 2011

puisi untuk aku

♥Aku minta pada Allah setangkai bunga segar♥Dia mmberiku kaktus brduri.Aku minta pada Allah hewan mungil nan cantik♥Dia beri aku ulat brbulu♥Aku sempat kecewa protes♥Betapa tidak adilnya ini.Namun kemudian kaktus itu brbunga♥sangat indah sekali♥Ulatpun tumbuh berubah mnjadi kupu2 yg teramat cantik♥Itulah jalan Allah♥indah pada waktunya♥Allah tidak mmberi apa yg kita inginkan♥tapi Allah mmberi apa yang kita perlukan
http://www.emocutez.com

Thursday, June 9, 2011

sudah setahun berkahwin!

  • alhamdulillah.sudah setahun kami berkahwin 11 jun 2011 ni. kalau time2 gini tahun 2010, awok da nebes dah. makan xkenyang.tido xlena.cewah.padahal awok biase je.bedal aje.haha
  • alhamdulillah, dengan izin tuhan kami bahagie..gado sikit2 aje.haha
  • even tak lagi dikurniakan cahaya mata, awok tetap hepi dgn die.sbb die ada bila awok perlukan die.die melindung awok dr bahaya.sakit perit awok,die sesame rase.sayang benor awok dgn die..
  • da setahun kawin kami still lagi mcm kekasih,kawan,saingan..ape hey,awok refer kat die.ok ke x.best ke x.die pun same.
  • awok xtahu nak bagi adiah ape.nanti awok pikior ye..haha
  • last sekali, kalo laki awok bace ni,trust me,awok syg benor kt deme.moge rumahtangga kite bahgie ke akhir hayat,,insyallah.
http://www.emocutez.com